SEMOGA TAHUN 2014 INI AKAN MEMBERI KITA LEBIH MANFAAT DAN MENDAPAT LEBIH KEBERKATAN OLEH YANG MAHA KUASA DI ATAS APA YANG DIUSAHAKAN.
ALFATIHAH JUGA KEPADA ARWAH AYAHANDA YANG AMAT DISAYANGI YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATTULAH SEPT 2013.TERASA SEPERTI TIADA KESEMPATAN MASA YANG DIBERIKAN KEPADA KAMI UNTUK MERINDU KASIH SAYANG AYAH.TETAPI KAMI REDHA DENGAN TAKDIR YANG MENENTUKAN SEGALA GALANYA.
HAMPIR 30 TAHUN LEBIH PERNIAGAAN NASI LEMAK DIJALANKAN KELUARGA |
NASI LEMAK AKAN DIBUNGKUS AWAL UNTUK DIBAWA KE SEKOLAH UNTUK JUALAN |
NASI LEMAK......NASI LEMAK......NASI LEMAK........ PERNIAGAAN NASI LEMAK EMAK!!!!!
MELALUI PASAR PAGI KAMUNTING MEMBUATKAN AKU TERINGAT BETAPA PERNIAGAAN NASI LEMAK YANG MENYARA DAN MENAMPUNG SEBAHAGIAN DARIPADA KERJAYA ARWAH AYAH SEPANJANG MEMBERI KEHIDUPAN YANG SEMPURNA KEPADA ADIK BERADIK SEHINGGA BERJAYA..MEMULAKAN PERNIAGAAN NASI LEMAK DENGAN HANYA MEMPUNYAI 1 "MOTOR HONDA KAPCAI" DAN JUGA BASIKAL RODA YANG DI KAYUH ADIK BERADIK UNTUK MENGHANTAR BARANG SEAWAL JAM 5.30AM DAN PULANG SELEWAT 12 MALAM SEMASA MEMULAKAN PERNIAGAAN MEMBERI SEMANGAT KEPADA AKU UNTUK MENGUBAH NASIB KELUARGA.TERINGAT JUGA SEMASA KECIL TIDUR DI BILIK KECIL "GENERATOR" YANG MEMBEKAL KAN TENAGA ELEKTRIK KEPADA SEBAHAGIAN RUMAH PENDUDUK YANG MASIH TIADA KUASA ELEKTRIK KERANA BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT PERNIAGAAN YANG HANYA MENGGUNAKAN PELITA"KARBAIT".
KENANGAN SALAH SATU BASIKAL YANG DIGUNAKAN SEMASA MEMULAKAN PERNIAGAAN DAHULU. |
NASI LEMAK DIJUAL PADA HARGA YANG MURAH DALAM LINGKUNGAN RM 1 |
KENANGAN BERSAMA ARWAH AYAH YANG DISAYANGI DI POLITEKNIK UNGKU OMAR |
PERNIAGAAN NASI LEMAK YANG MENGUBAH KEHIDUPAN YANG AGAK SELESA |
MENGIMBAU KENANGAN PERNIAGAAN NASI LEMAK YANG DIUSAHAKAN |
NOTE:ADALAH AMAT BERNILAI APABILA KITA MENGHADAPI KESUSAHAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM KITA MENITI PERGORBANAN UNTUK KESELESAAN KEHIDUPAN.
No comments:
Post a Comment