Thursday, April 6, 2017

PULAU LANGKAWI BERSAMA KELUARGA

LANGKAWI  WITH MY FAMILY


LANGKAWI MEMANG SALAH SATU PULAU YANG MENARIK DAN RASANYA TAK JEMU KOT KALAU MELAWAT SELALU PUN..





 MASA NI MELAWAT LANGKAWI DENGAN FAMILY ANGKAT ..STAY SANA 3 HARI 2 MALAM RASANYA...TU PUN TAK SEMPAT NK MELAWAT SEMUA...SEMINGGU KOT BARU CUKUP

Sunday, April 2, 2017

SALAM 2017..COME BACK


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
ALHAMDULLILLAH KEMBALI LAGI 2017 SEJAK MENYEPI DARI 2016..
SEBELUM MULA BICARA,SEBELUM MULA MENULIS.MOHON MAAF KEPADA RAKAN RAKAN BLOG YANG LAIN JIKA ADA SALAH SILAP DAN PERKARA PERKARA YANG DALAM BLOG INI  YANG MENYINGGUNG PERASAAN..HE3..
OK..UNTUK FIRST MOMENT NI ,CUMA NK POST TANDA KEMUNCULAN TAHUN 2017..SEBENAR BANYAK YANG NK SHARE SEJAK LAMA TAK BER BLOG..TAPI INTERNET SLOW SANGAT..LOADING MACAM SIPUT...SO NEXT TIME LA ...
OK....

Friday, January 10, 2014

NASI LEMAK MENGIRINGI KEJAYAAN!!

ASSALAMUALAIKUM/SALAM SEJAHTERA/HAPPY  NEW YEAR 2014 BLOG READER......
SEMOGA TAHUN 2014 INI AKAN MEMBERI KITA LEBIH MANFAAT DAN MENDAPAT LEBIH KEBERKATAN OLEH YANG MAHA KUASA DI ATAS APA YANG DIUSAHAKAN.




ALFATIHAH JUGA KEPADA ARWAH AYAHANDA YANG AMAT DISAYANGI YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATTULAH SEPT 2013.TERASA SEPERTI TIADA KESEMPATAN MASA YANG DIBERIKAN KEPADA KAMI UNTUK MERINDU KASIH SAYANG AYAH.TETAPI KAMI REDHA DENGAN TAKDIR YANG MENENTUKAN SEGALA GALANYA.

HAMPIR 30 TAHUN LEBIH PERNIAGAAN NASI LEMAK DIJALANKAN KELUARGA





NASI LEMAK AKAN DIBUNGKUS AWAL UNTUK DIBAWA KE SEKOLAH UNTUK JUALAN

NASI LEMAK......NASI LEMAK......NASI LEMAK........ PERNIAGAAN NASI LEMAK EMAK!!!!!
MELALUI PASAR PAGI  KAMUNTING MEMBUATKAN AKU TERINGAT BETAPA PERNIAGAAN  NASI LEMAK YANG MENYARA DAN MENAMPUNG  SEBAHAGIAN DARIPADA KERJAYA ARWAH AYAH SEPANJANG MEMBERI KEHIDUPAN YANG SEMPURNA KEPADA ADIK BERADIK SEHINGGA BERJAYA..MEMULAKAN PERNIAGAAN NASI LEMAK DENGAN HANYA MEMPUNYAI 1 "MOTOR HONDA KAPCAI" DAN JUGA BASIKAL RODA YANG DI KAYUH ADIK BERADIK UNTUK MENGHANTAR BARANG SEAWAL JAM 5.30AM DAN PULANG SELEWAT 12 MALAM SEMASA MEMULAKAN PERNIAGAAN MEMBERI SEMANGAT KEPADA AKU UNTUK MENGUBAH NASIB KELUARGA.TERINGAT JUGA SEMASA KECIL TIDUR DI BILIK KECIL "GENERATOR" YANG MEMBEKAL KAN TENAGA ELEKTRIK KEPADA SEBAHAGIAN RUMAH PENDUDUK YANG MASIH TIADA KUASA ELEKTRIK KERANA BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT PERNIAGAAN YANG HANYA MENGGUNAKAN PELITA"KARBAIT".  

KENANGAN SALAH SATU BASIKAL YANG DIGUNAKAN SEMASA MEMULAKAN PERNIAGAAN DAHULU.
NASI LEMAK DIJUAL PADA HARGA YANG MURAH DALAM LINGKUNGAN RM 1
ALHAMDULLILAH,NASI LEMAK INI JUGA LAH YANG MENGIRINGI AKU SEHINGGA BERKERJAYA.TERINGAT DARI ZAMAN PERSEKOLAHAN SELAMA 11 TAHUN DARI TAHUN 1 HINGGALAH KE TINGKATAN 5 AKU MENJAJA/MEMBAWA NASI LEMAK KE SEKOLAH UNTUK DI JUAL KEPADA RAKAN RAKAN UNTUK MENAMPUNG DUIT PERSEKOLAHAN.DIKENALI SEBAGAI "CHEK MI NASI LEMAK" DIKALANGAN RAKAN SEKOLAH MENGIMBAU DAN NOSTALGIA KEPADA AKU BERSAMA ARWAH AYAH DAN EMAK.PADA RUTINNYA 5 AM BANGUN UNTUK MENYIAPKAN KELENGKAPAN UNTUK BERNIAGA DISAMPING TIDAK PERNAH LUPA ARWAH AYAH UNTUK MENGHANTAR AKU KE SEKOLAH SELAMA 11 TAHUN WALAUPUN SIBUK DENGAN PERSIAPAN PERNIAGAAN DAN TIDAK PERNAH JUGA EMAK LUPA UNTUK MEMBEKAL KAN NASI LEMAK UNTUK DIJUAL KEPADA RAKAN SEKOLAH.HASIL JUALAN AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA EMAK DAN AKAN JUGA DIBERIKAN KEPADA AKU SEBAGAI DUIT UPAH BELANJA SEKOLAH.ALANGKAH SERONOKNYA BERSEKOLAH SAMBIL MEMBANTU MEREKA MENIAGA NASI LEMAK DAN LAIN LAIN SEPANJANG HAMPIR 30 TAHUN.SEJARAH NASI LEMAK INI JUGA LAH YANG MENGIRINGI AKU MENERUSKAN PENGAJIAN DI POLITEKNIK DAN JUGA KOLEJ PERUBATAN DAN SAMPAI BERKERJAYA.

KENANGAN BERSAMA ARWAH AYAH YANG DISAYANGI DI POLITEKNIK UNGKU OMAR
SEKARANG TIADA LAGI!!TIADA LAGI NASI LEMAK DAN PERNIAGAAN DIJALANKAN SELEPAS ARWAH AYAH KEMBALI KE RAHMATULLAH.TIADA LAGI KEKUATAN SEPERTI DULU SELAMA 30 TAHUN LEBIH BERNIAGA TANPA JEMU.ALHAMDULLILAH JUGA KERANA SEMUANYA TELAH BERKERJAYA DAN NASI LEMAK EMAK  JUGA LAH MENJADI SAKSI YANG MENGIRINGI KEJAYAAN.TERIMA KASIH KEPADA JASA ARWAH AYAH YANG MEMBESARKAN KAMI DAN NASI LEMAK PERNIAGAAN EMAK YANG MENDEWASAKAN KAMI DENGAN SEMPURNA DAN BERJAYA DALAM KERJAYA.PENGORBANAN YANG SANGAT BERHARGA DAN TIDAK MAMPU DI BAYAR OLEH APA APA PUN.SEMOGA ALLAH MEMBERI KEDUDUKAN YANG MULIA DAN TERPUJI KEPADA MEREKA.AMIN........................ 

PERNIAGAAN NASI LEMAK YANG MENGUBAH KEHIDUPAN YANG AGAK SELESA

MENGIMBAU KENANGAN PERNIAGAAN NASI LEMAK YANG DIUSAHAKAN

NOTE:ADALAH AMAT BERNILAI APABILA KITA MENGHADAPI KESUSAHAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM KITA MENITI PERGORBANAN UNTUK KESELESAAN KEHIDUPAN.

Tuesday, September 10, 2013

Selamat Tinggal Ayah..Aku redha pemergian mu.....

Assalamualaikumwarahmatullahiwaratuh................


Ya ALLAH,..Yang Maha Berkuasa dan Maha mengampun
Kau tempatkan lah ayahku di tempat tempat orang yang beriman


Khamis-5 sept 2013-10.55pm.....................................................Detik aku kehilangan seorang yang amat aku cintai,dimuliakan dan dikasihi yang telah pergi selamanya ke Rahmatullah meninggalkan kami sekeluarga.
Kemalangan pada hari terlibat pada hari yang sama lebih kurang 1.00pm dengan motorsikal(ayah) dan kereta yang menyebabkan bermula nya kisah dukacita ini kepada kami sekeluarga.Ayah mengalami head injury(kecederaan kepala) dan intraabdominal injury(pendarahan dalam bahagian perut) yang menyebabkan ayah pengsan lebih kurang 8.00 jam dari 2.00pm berlarutan sehingga 10.55pm meninggalkan kami terus di dunia.


Aku Redha pemergian mu!!!..Keluarga rehda pemergianmu!!..bersemadilah dengan tenang ayahku....Telah banyak jasa jasa mu yang dicurah yang di sumbang kepada kami sekeluarga dan masyarakat selama ini.Tapi Allah lebih menyayangimu dan Maha mengetahui untuk hamba hamba nya.


Disini aku coretkan dan tampilkan tulisan hatiku kerana jiwa dan hati serta anak mu ini bersyukur kerana diberi seorang ayah yang sangat mulia dan bertanggunjawab semasa menguruskan keluarga...Biarlah air mata menjadi saksi betapa aku sangat merindui ayah..

Ya ALLAH........ Kau Ampunkan kedua ibu bapa ku Ya Allah



Ya ALLAH......Kau tempatkan mereka di tempat orang yang beriman..

Abah!!!!abang mie rindu dan sayang pada abah..
Terima kasih banyak banyak menjadikan abg mie orang yang berguna..
Terima kasih kerana berkorban sedaya upaya memberi segalanya..
 Terima kasih dengan makanan,minuman,pendidikan dan segalanya semasa menjaga abang mie...
Terima kasih membantu abang mie semasa dalam kesusahan...
Terima kasih meluangkan  masa menhantar kelas tambahan walaupun sedang sibuk...
Terima kasih menghantar dan mangambil abang mie dari darjah 1 hingga tingkatan 5 di sekolah tanpa jemu...
Terima kasih memberi pendidikan tinggi ke politeknik dan kolej dengan ribuan ringgit....
Terima kasih memberi kemudahan sepanjang kehidupan abang mie ,abah!!!

Abah!!!!abang mie akan cuba hilangkan hati yang duka dan sedih ini kerana kehilangan abah
Kerana abang mie tahu ALLAH lebih menyayangi abah untuk semuanya
Dah terlalu banyak abah berjasa pada keluarga dan masyarakat kampung dengan penat lelah
Abah lupa penyakit darah tinggi,jantung,kolestrol abah seperti orang muda yang terus berjasa
Abah!!!Terima kasih dengan nasihat yang diberikan dari semasa ke semasa pada abang mie
Akan abang mie guna semuanya segalanya yang abah beri untuk membantu orang lain juga..
Abah!!Bersemadilah dan rehatlah dengan tenang...abah
Abah!!Jangan risau abang  mie dan keluarga disini...
Kami terima dugaan dan cabaran mu Ya ALLAH
Abang mie percaya kepada qada dan qadar
Selamat tinggal wahai ayahku yang mulia jiwanya..


Ya Allah..Kau permudahkan perjalananan hidup ayahku Ya ALLAH
Ya Allah..Kau selesakan kehidupan ayah ku Ya ALLAH
Ya Allah...Kau tempatkan lah ayahku di tempat orang yang beriman
Ya Allah,Aku melihat dengan jelas ayahku menjalankan tanggungajawab kepada Allah
Ya Allah..Aku melihat dengan jelas ayahku menjalankan tanggungjawab kepada keluarganya
Ya Allah..Aku melihat dengan jelas ayahku menjalankan tanggunjawab kepada masyarakat keseluruhanya..
Ya Allah...Aku melihat dengan jelas ayahku sedaya upaya mengikuti apa sahaja perintahmu Ya Alalh
Engkau lebih mengetahui tentang hamba hamba mu...Ya Allah
Engkau lebih memahami tentang hamba hamba mu...Ya Allah
Engkau lebih mengadili umatmu dengan sempurna...Ya Allah
Ya ALLAH..Kau ampuni kedua ibu bapa ku.....
Tempatkan lah mereka di syurga mu kelak yang kau redhai..
Amin...



note:Al-Fatihah kepada arwah ayahku yang aku sayang....


Saturday, August 31, 2013

MERAIKAN SELAMAT HARI GURU DI KSKB SULTAN AZLAN SHAH

MORNING KAWAN -KAWAN..
MOOD NK UPDATE BLOG LAGILAH...
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA PENGAJAR...


KALI NI TENTANG HARI GURU LAH..
PERINGKAT HARI GURU BUKAN HANYA DISEKOLAH SAHAJA KAN
TETAPI IA BOLEH DIPRAKTIKKAN SECARA AMNYA  DI ISTITUSI YANG MENGAJAR
SO TIDAK KIRALAH SEKOLAH,KOLEJ,ISTITUT ,UNIVERSITY DAN LAIN LAIN.
RINGKASNYA DI MANA ADA GURU DAN PELAJAR ..MAKA DI SINILAH TEMPAT 
MERAIKAN NYA...
SEMUA KAWAN KAWAN SEKELAS YANG MENJAYAKAN MAJLIS

SUASANA MAJLIS MERAIKAN HARI GURU DI DALAM BILIK KULIAH


OK....DIRECT TO POINT,TKMAU CORNER CORNER JAUH..HARINI SUKA NK UPDATE KAN NICE MEMORIES SEMASA AKU BELAJAR DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH DI IPOH TAHUN 2013(DARI JAN HINGGA JULAI JE).WALAUPUN BERSTATUS KAKITANGAN AWAM YANG BELAJAR(STUDY BERGAJI ++ ELAUN KAN..).
ATAS INISIATIF KUMPULAN KULIAH TELAH DIADAKAN MAJLIS MERAIKAN HARI GURU UNTUK MENGHARGAI SEMUA PERANAN GURU GURU YANG MENGAJAR..DENGAN MASA YANG SINGKAT  DAPAT DI SEDIAKAN MAJLIS RINGKAS YANG UTAMA DAPAT MENYELIT NILAI KESYUKURAN KEPADA PARA PENGAJAR YANG MENJALANKAN AMANAHNYA.. 


PENGAJAR KSKB SAZ  SECARA BERSAMA MEMOTONG KEK SAMBUTAN HARI GURU(DARI KIRI PENGAJAR PHC KUM 1/13-EN KHAIRUDDIN,PENGARAH KOLEH-EN ELAGOVAN,TIMBALAN PENGARAH-PUAN NG DAN DUA ,PENGAJAR KANAN
PENGACARA :SAUDARA HERMON MAJLIS MEMULAKAN ACARA DI TEMANI PENGHULU KELAS"EN SHAMSUL(YANG MEMEGANG PEN)
PEMENTASAN PUISI RINGKAS MENGHARGAI PENGORBANAN GURU-GURU DISAMPAIKAN OLEH SAUDARA ZUBIR

TERIMA KASIH JUGA KEPADA PENGARAH DAN KAKITANGAN KANAN DI KOLEJ KERANA SUDI MELUANG MASA BERSAMA KAMI DALAM MAJLIS INI
MAJLIS INI DIMULAKAN DENGAN UCAPAN PENGACARA MAJLIS,UCAPAN PENGARAH KOLEJ ,UCAPAN PENGAJAR MERANGKAP PENYELARAS KURSUS PRIMARY HEATLH CARE (KUM 1/13),UCAPAN PENGHULU KELAS DAN PENYERAHAN PENGHARGAAN(HADIAH) KEPADA WAKIL JEMPUTAN DAN GURU GURU DAN DIAKHIRI DENGAN JAMUAN RINGAN.

JAMUAN YANG RINGKAS SEMASA MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU
SAMBUTAN MAJLIS JAMUAN DI DALAM BILIK KULIAH YANG JUGA TEMPAT PEMBELAJARAN KAMI

WALAUPUN DENGAN MAJLIS JAMUAN YANG RINGKAS,TAPI BERNILAI BUAT KAMI SEBAGAI PELAJAR UNTUK TERUS MENGHARGAI TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG DIBERIKAN KEPADA PENGAJAR..SELAMAT HARI GURU KEPADA EN KHAIRUDDIN

SUMBANGAN CENDERAHATI KEPADA PENYELARAS KELAS YANG DIHORMATI"EN KHAIRUDDIN" OLEH PENGHULU KELAS

PENYELARAS KELAS MEMAPARKAN CENDERAMATA DARI KUMPULAN PRIMER HEALTH CARE KUMP 1 /13

BARISAN PELAJAR PELAJAR YANG MENGIKUTU KURSUS PRIMER HELATH CARE DI KSKB SAZ ..SELAMAT PULANG KEMBALI KE TEMPAT  BERTUGAS MASING MASING ..

NOTE:SEBAGAI JURUGAMBAR ACARA,MOHON MAAF KALAU ADA GAMBAR YANG KURANG JELAS...BY THE WAY JURUGAMBAR JUGA LAH TIADA GAMBAR KERANA BERTUGAS TANGKAP GAMBAR MAJLIS..HA3


BOLA ITU BULAT KAN...GO SELADANG GO!!!

Salam dan selamat Pagi All Reader...
Kembali Ke cerita  untuk Piala Malaysia 2013
Lagi pun dah lama tak update ni...Dah bersawang dah pun sebab lama tak buka blog ni..
So hari ni nk memories 1 story supaya blog ni kembali update..ha3
Teluk Batik Beach..

By The way..Last month forgot ready may be last 3-4 month ago lah...Aku dengan "seladang supporter" telah buat rombongan (Naik 1 Van dan 1 kancil je pun,Tak rasmi pun,takde sponcer waktu tu nk ambik bas) telah Join trip Untuk live game perak VS Johor..(kena titik Johor 3-0..he3)..Tapi memang set up awal awal lagi kan takkan ke stadium lumut TLDM je kan...
PICTURE DI DATARAN TELUK BATIK LEWAT PETANG SEBELUM KE STADIUM LUMUT

TEMPAT PEMBIAKAN ..NAMPAK TAK!!
MASING MASING TUNGGU TURN NK MANDI DENGAN PENYU

So sebelum sampai ke destinasi(TLDM Lumut),Aku bawa diorang gi tgk tempat pembiakan penyu dulu (sebab ada mereka ni tk kenal penyu,tapi turtles kenal pulak).Mungkin terpengaruh dengan Ninja turtles kot!!..Tempat penyu ni Di Segari,on the way ke lumut

SALAH SEORANG SUPPORTER PERAK YANG "GILA"BERGAMBAR..
PAKSA RELA UNTUK NAIK BENDA NI....MACAM MACAM ALASAN DI BERI SEBAB TAKUT !!
Lepas tengok penyu teloq,Kami terus ke teluk batik untuk singgah mandi jap sambil makan petang disana)makanan bawa siap  dari rumah).Cuci cuci mata jugak bila dah sampai kat pantai ni..Memang best and wonderfull beach!!Tenang je...Habis berkelah,kami start gerak ke stadium!!
13 TIKET DEWASA....1 TIKET KANAK KANAK...
KAT LUAR STADIUM LUMUT SEBELUM GAME 

SALAH SEORANG PENYOKONG PERAK YANG TK FANATIK SANGAT LAH!!
SUPPORTER PERAK YANG TIADA BAJU...
Around 7.35 pm kami sampai stadium lumut,so crowded much people lah...(kalau tak silap johor hantar lebih 14 lebih bas untuk supporter mereka ke sini)by the BOLA ITU BULAT KAN!! walaupun johor dibarisi pemain bintang,Perak jugak yang mula titik johor 3-0 Yob...memang agak extream game kerana berlaku konflik.adat bola sepak kan...

AKSI AKSI BYCYCLE SHOW DI DATARAN LUMUT


Selesai di stadium,Kami singgah di Lumut untuk "last Dinner" sebelum balik.
Rehat sambil menonton extream game "bycycle show skill ".
Dalam jam 2 am start pulang ke rumah dan sampai ke taiping lebih kurang jam 4am.Dalam van dan kereta semua "Perak supporter tidur..zzzz"Thank kepada pemandu yang bawa "supporter perak" dari jam 4pm hingga 4am

TERIMA KASIH KEPADA PEMANDU YANG SAFETY DRIVING SEPANJANG PERJALANAN

NICE MEMORIES ...3 VS 0!!
Note:kami pulang dengan 3 berbalas telor..nice memories..



PULAU LANGKAWI BERSAMA KELUARGA

LANGKAWI  WITH MY FAMILY LANGKAWI MEMANG SALAH SATU PULAU YANG MENARIK DAN RASANYA TAK JEMU KOT KALAU MELAWAT SELALU PUN.. ...