Friday, January 10, 2014

NASI LEMAK MENGIRINGI KEJAYAAN!!

ASSALAMUALAIKUM/SALAM SEJAHTERA/HAPPY  NEW YEAR 2014 BLOG READER......
SEMOGA TAHUN 2014 INI AKAN MEMBERI KITA LEBIH MANFAAT DAN MENDAPAT LEBIH KEBERKATAN OLEH YANG MAHA KUASA DI ATAS APA YANG DIUSAHAKAN.




ALFATIHAH JUGA KEPADA ARWAH AYAHANDA YANG AMAT DISAYANGI YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATTULAH SEPT 2013.TERASA SEPERTI TIADA KESEMPATAN MASA YANG DIBERIKAN KEPADA KAMI UNTUK MERINDU KASIH SAYANG AYAH.TETAPI KAMI REDHA DENGAN TAKDIR YANG MENENTUKAN SEGALA GALANYA.

HAMPIR 30 TAHUN LEBIH PERNIAGAAN NASI LEMAK DIJALANKAN KELUARGA





NASI LEMAK AKAN DIBUNGKUS AWAL UNTUK DIBAWA KE SEKOLAH UNTUK JUALAN

NASI LEMAK......NASI LEMAK......NASI LEMAK........ PERNIAGAAN NASI LEMAK EMAK!!!!!
MELALUI PASAR PAGI  KAMUNTING MEMBUATKAN AKU TERINGAT BETAPA PERNIAGAAN  NASI LEMAK YANG MENYARA DAN MENAMPUNG  SEBAHAGIAN DARIPADA KERJAYA ARWAH AYAH SEPANJANG MEMBERI KEHIDUPAN YANG SEMPURNA KEPADA ADIK BERADIK SEHINGGA BERJAYA..MEMULAKAN PERNIAGAAN NASI LEMAK DENGAN HANYA MEMPUNYAI 1 "MOTOR HONDA KAPCAI" DAN JUGA BASIKAL RODA YANG DI KAYUH ADIK BERADIK UNTUK MENGHANTAR BARANG SEAWAL JAM 5.30AM DAN PULANG SELEWAT 12 MALAM SEMASA MEMULAKAN PERNIAGAAN MEMBERI SEMANGAT KEPADA AKU UNTUK MENGUBAH NASIB KELUARGA.TERINGAT JUGA SEMASA KECIL TIDUR DI BILIK KECIL "GENERATOR" YANG MEMBEKAL KAN TENAGA ELEKTRIK KEPADA SEBAHAGIAN RUMAH PENDUDUK YANG MASIH TIADA KUASA ELEKTRIK KERANA BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT PERNIAGAAN YANG HANYA MENGGUNAKAN PELITA"KARBAIT".  

KENANGAN SALAH SATU BASIKAL YANG DIGUNAKAN SEMASA MEMULAKAN PERNIAGAAN DAHULU.
NASI LEMAK DIJUAL PADA HARGA YANG MURAH DALAM LINGKUNGAN RM 1
ALHAMDULLILAH,NASI LEMAK INI JUGA LAH YANG MENGIRINGI AKU SEHINGGA BERKERJAYA.TERINGAT DARI ZAMAN PERSEKOLAHAN SELAMA 11 TAHUN DARI TAHUN 1 HINGGALAH KE TINGKATAN 5 AKU MENJAJA/MEMBAWA NASI LEMAK KE SEKOLAH UNTUK DI JUAL KEPADA RAKAN RAKAN UNTUK MENAMPUNG DUIT PERSEKOLAHAN.DIKENALI SEBAGAI "CHEK MI NASI LEMAK" DIKALANGAN RAKAN SEKOLAH MENGIMBAU DAN NOSTALGIA KEPADA AKU BERSAMA ARWAH AYAH DAN EMAK.PADA RUTINNYA 5 AM BANGUN UNTUK MENYIAPKAN KELENGKAPAN UNTUK BERNIAGA DISAMPING TIDAK PERNAH LUPA ARWAH AYAH UNTUK MENGHANTAR AKU KE SEKOLAH SELAMA 11 TAHUN WALAUPUN SIBUK DENGAN PERSIAPAN PERNIAGAAN DAN TIDAK PERNAH JUGA EMAK LUPA UNTUK MEMBEKAL KAN NASI LEMAK UNTUK DIJUAL KEPADA RAKAN SEKOLAH.HASIL JUALAN AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA EMAK DAN AKAN JUGA DIBERIKAN KEPADA AKU SEBAGAI DUIT UPAH BELANJA SEKOLAH.ALANGKAH SERONOKNYA BERSEKOLAH SAMBIL MEMBANTU MEREKA MENIAGA NASI LEMAK DAN LAIN LAIN SEPANJANG HAMPIR 30 TAHUN.SEJARAH NASI LEMAK INI JUGA LAH YANG MENGIRINGI AKU MENERUSKAN PENGAJIAN DI POLITEKNIK DAN JUGA KOLEJ PERUBATAN DAN SAMPAI BERKERJAYA.

KENANGAN BERSAMA ARWAH AYAH YANG DISAYANGI DI POLITEKNIK UNGKU OMAR
SEKARANG TIADA LAGI!!TIADA LAGI NASI LEMAK DAN PERNIAGAAN DIJALANKAN SELEPAS ARWAH AYAH KEMBALI KE RAHMATULLAH.TIADA LAGI KEKUATAN SEPERTI DULU SELAMA 30 TAHUN LEBIH BERNIAGA TANPA JEMU.ALHAMDULLILAH JUGA KERANA SEMUANYA TELAH BERKERJAYA DAN NASI LEMAK EMAK  JUGA LAH MENJADI SAKSI YANG MENGIRINGI KEJAYAAN.TERIMA KASIH KEPADA JASA ARWAH AYAH YANG MEMBESARKAN KAMI DAN NASI LEMAK PERNIAGAAN EMAK YANG MENDEWASAKAN KAMI DENGAN SEMPURNA DAN BERJAYA DALAM KERJAYA.PENGORBANAN YANG SANGAT BERHARGA DAN TIDAK MAMPU DI BAYAR OLEH APA APA PUN.SEMOGA ALLAH MEMBERI KEDUDUKAN YANG MULIA DAN TERPUJI KEPADA MEREKA.AMIN........................ 

PERNIAGAAN NASI LEMAK YANG MENGUBAH KEHIDUPAN YANG AGAK SELESA

MENGIMBAU KENANGAN PERNIAGAAN NASI LEMAK YANG DIUSAHAKAN

NOTE:ADALAH AMAT BERNILAI APABILA KITA MENGHADAPI KESUSAHAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM KITA MENITI PERGORBANAN UNTUK KESELESAAN KEHIDUPAN.

ASSALAMUALAIKUM/SALAM AIDILADHA READER....... AHAD-3 SEP 2017-11PM I COME BACK......BUSY SIKIT..SAJA TUNJUK KEK YANG PERNAH MAKAN JE......