Salam reader,silent reader n warga sekolah(Mood:utusan khas...ha333)
Hari last day lah nk buat buat ape pun sebab esok dah nk mula persekolahan.......Harap semua warga pelajar dah ada mood dalam bilik darjah/bilik tingkatan kembali..........kalau ada yang masih different mood tu mesti penuh lah klinik dengan pelajar pelajar(nasihat:cuti sakit tidak akan diberi kepada remaja memonteng)..kalau masih sakit dan tidak mengizinkan ke sekolah tu di benarkan kan lah......
|
ADA KE ORANG TERLIBAT MACAM INI |
.
Musim mengawan beramai ramai pun dah hampir berakhir.....mean Upacara perkahwinan besar besaran di seluruh tempat dah mula sepi.......hanya ada beberapa lagipun......Kalau dalam masa 2 minggu ni memang tk perlu masak kalau cuti minggu.......makan pagi di kenduri jiran.....makan petang di kenduri kampung.......makan malam di kenduri kawan kawan..........
|
KEMUNCAK YANG DIRAIKAN OLEH SEMUA!!!!!!!! |
Lepas ni makan di rumah sendiri........tidakpun di gerai makanan kembalilah......(mana boleh asyik makan free jek..hulurlah sikit untuk kurangkan beban..he333...sory kalau terasa..)Walaupun aku masih kerja,sempat gak curi curi masa rehat untuk aku hadir ke rumah kenduri kawan-kawan,masyarakat setempat,kakitangan klinik yang datang menjemput...(save makan tengahari/petang..ops>>).
|
PENGANTIN LAMA DUDUK MELIHAT PERSANDINGAN.....OPS....TU AYAH N EMAK AKULAH....!!HA33 |
|
ASYIK JE TENGOK PESILAT MUDA NI BERSILAT |
|
LANGKAH PENDEKAR KAN... NI IALAH "NGAH" TUAN RUMAH |
|
YANG BAJU UNGU YANG TGH DUDUK TU "NYOH" TUAN RUMAH JUGAK..TENGAH MELIHAT ANAK DIDIK BERSILAT |
|
TENGOKLAH RAMAINYA UNDANGAN YANG MENYAKSIKAN PERSILATAN |
Kenduri kampung memang jadi favaurite aku dari dulu hingga sekarang berbanding kenduri di bandar...
suka sangat bila lihat lembu/kerbau tumbang di sembelih bila kenduri di kampung..sama sama gotong royong menlancarkan perjalanan majlis.dari golongan tua,dewasa,kanak kanak semuanya ambil bahagian dalam kenduri di kampung......Kalau di bandar kebanyakan semua nya diserahkan ke pihak katering yang menguruskan semua perjalanan majlis yang tidak akan membebankan pihak keluarga......Walaupun bagaimanapun,aku masih memilih dan tertawan serta tertarik dengan perjalanan kenduri di kampung yang sangat meriah walaupun keringat diguna secara habis habisaa(macam cerita komik lak ayat ni..hu33333)..
|
GENDANG SILAT YANG DIMAINKAN MEMANG MEMBAKAR SEMANGAT PESILAT |
|
HADRAH DIMAINKAN UNTUK MENYAMBUT KEHADIRAN PENGANTIN |
Secara tradisi nya di kampung aku di batu kurau,taiping Perak,pelbagai acara/majlis lain menyusul sebelum majlis perkahwinan bermula.........
Selingan majlis kesyukuran,majlis cukur jambul kanak kanak,majlis berendoi(majlis kesyukuran menyambut baby).majlis khatam al quran. akan dijalan kan sebelum itu........Begitu juga marhaban,berdah(suatu aktiviti bacaan ayat ayat alquran ) dijalankan pada hari kenduri dimulakan............
|
PESILAT SEDANG MEMPERAGAKAN KESENIAN SILAT YANG DIPELAJARI |
|
PUKULAN GENDANG YANG MEMUKAU ORANG RAMAI |
|
KANAK KANAK MEMBANTU DALAM MELANCARKAN MAJLIS KAHWIN SEBAGAI "PEMBASUH PINGGAN" |
|
SERONOK DIORANG BILA AKU SNAP PIC KAN GAMBAR MEREKA |
|
MAY BE DITUGASKAN UNTUK BERI BUNGA TELUR KOT>. |
Dengan sembah hormat silat pengantin diiringi dengan gendang silat yang memukau membuat kan majlis menjadi lebih seri dengan pelbagai aktiviti.........Harapnya aktiviti seperti ini masih berjalan seperti biasa......biarlah aktiviti ini terus menerus ,turun menurun ke generasi kita di akan datang dan "tidak lapok dek hujan,tak lekang dek panas".......
P/s:Harap harap perkahwinan di bandar boleh cuba diadakan seperti aktiviti ini untuk memeriahkan majlis.......isyaallah.......wassalam.......